Sebahagian besar warga kota di Kuala Lumpur mengakui bahawa pendapatan mereka telah terbantut ataupun berkurangan, menurut satu kajian rambang oleh sebuah universiti swasta.

Pada masa sama, responden dalam kajian itu mendakwa bahawa perbelanjaan mereka meningkat sebanyak purata 11 peratus.

Responden mengaitkan perkembangan semasa itu dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta kelemahan ringgit, kata ketua Pusat Kajian Banci UCSI, Ngerng Miang Hong.

Ngerng, yang membentangkan hasil kajian itu, berkata walaupun GST adalah sistem percukaian yang diterima di seluruh dunia, namun perlu ada 'perkecualian cukai' di mana mereka yang terjejas mengikut sistem itu diberi pampasan dengan cara lain.

"Di bawah GST, mereka yang pendapatan (bulanannya) di bawah RM2,000 secara langsung dan tidak langsung dikenakan cukai.

“Mengapa kita membincangkan kumpulan yang berpendapatan di bawah RM2,000? Kerana mengikut sistem cukai pendapatan, mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 tidak dikenakan cukai.

"Sesuatu yang perlu dilakukan (untuk membantu) kumpulan-kumpulan ini dari segi dasar fiskal," katanya kepada pemberita di Cheras hari ini.

Mereka dengan pendapatan bulanan di bawah RM2,000 terdiri daripada 53.8 peratus daripada 692 responden kajian berkenaan.

[Baca berita penuh]