Pemilik sebuah kafeteria membuang poster parodi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang digunakan untuk mempromosi makanan “bawah harga pasaran” selepas ibu pejabat DAP menyatakan bantahan.

Insiden membabitkan Sköhns Canteen itu diketengahkan oleh kolumnis politik Hafidz Baharom dalam blog beliau.

Poster asal yang dimuat naik kafeteria itu di Facebook mereka memaparkan gambar Lim dengan petikan kata "Sköhns Canteen... Good food... Below market price ".

Ia dilihat diinspirasikan daripada kontroversi pembelian banglo di Pulau Pinang dengan harga RM2.8 juta, yang dikatakan bawah harga pasaran.

Dalam mesej daripada DAP, kafeteria itu diberitahu tindakannya hanya akan menyumbang ke arah publisiti negatif pada Lim dalam isu itu.

“Kami amat berbesar hari jika pihak kamu dapat membuangnya,” menurut mesej yang dimuatkan kembali di blog itu.

Sköhns Canteen bagaimanapun kemudian menggantikan dengan poster baru dengan tulisan sama, tetapi gambar Lim ditukar dengan bekas presiden dan setiausaha agung Parti Komunis China Jiang Zemin.

Penafian turut dimuatkan bersama, yang berbunyi: "Rawak. Bukan ahli politik Cina Malaysia”.

Can't afford lawyers. So here is a revised poster.Still 30% Off All Pastas. All Day Friday.

Posted by Sköhns Canteen on Thursday, 24 March 2016

Pegawai media di ibu pejabat DAP Medaline Chang ketika dihubungi berkata permintaan itu dimuat dengan penuh sopan kerana mereka merasakan ia meletakkan Lim dalam keadaan tidak adil.

Katanya, mereka juga tidak memaksa atau mengutuk pemilik restoran itu.

Malaysiakini juga sudah menghubungi pihak Sköhns Canteen, yang terletak di Damasnara Perdana, Kuala Lumpur dan masih menunggu jawapannya.

[Baca berita asal]