Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak perlu bercuti sementara menunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana, kata bekas perdana menteri itu, untuk menuduh seseorang melakukan rasuah adalah perkara yang mudah walaupun ia belum dibuktikan sama ada mereka bersalah atau tidak.

Sambil menegaskan bahawa proses sepatutnya perlu diikuti, beliau berkata: "Sangat untuk menuduh seseorang itu merasuah.

"Saya juga dituduh melakukan rasuah. Tapi jika saya perlu berhenti melakukan kerja, ia akan menyusahkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, berbeza dengan tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang didakwanya terdapat banyak bukti yang boleh mendakwa Najib terlibat dengan 'rasuah'.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mendakwa siasatan terhadap Najib tidak dapat dilakukan kerana perdana menteri itu mencampuri urusan undang-undang.

"Jadi, bermakna kita boleh desak supaya dia meletakkan jawatan," katanya.

Berbeza dengan kes yang melibatkan Guan Eng, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata tuduhan rasuah terhadap anggota parlimen Bagan itu belum lagi dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya rasa kerajaan belum lagi membuat pertuduhan. Hanya surat khabar yang membuat tuduhan itu. Dan ia (surat khabar) dikawal oleh kerajaan.

"Apa yang yang 'media tidak bebas' itu katakan tidak boleh diambil serius. Terdapat banyak politik di belakangnya," kata negarawan itu lagi.

Guan Eng sebelum ini didakwa membuat pembelian sebuah rumah banglo dengan harga rendah di bawah harga pasaran.

Bagaimanapun, ketua menteri Pulau Pinang itu mendakwa transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn pada berharga RM2.8 juta itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual tanpa sebarang paksaan.

Siasatan berhubung pembelian rumah banglo tersebut kini sedang dilakukan oleh SPRM. .

Lihat Komen
ADS