Produk Palestin bantu ekonomi negara itu
Diterbitkan: Mar 27, 2016 3:20 PM | Dikemas kini: Mar 27, 2016 3:21 PM
Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) bercadang mempromosi produk Palestin ke seluruh Asia Tenggara bagi membantu ekonomi rakyat di negara bergolak itu.
Presiden MAPIM Azmi Abdul Hamid berkata ia termasuk barang perhiasan seperti set pinggan mangkuk dan lukisan.
MAPIM bersedia bekerjasama dengan badan bukan kerajaan lain untuk tujuan itu, katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangai perjanjian kerjasama bersama Widuri Souviner di Kuala Lumpur hari ini.
- Bernama

