BERITA Malaysiakini

1MDB: Siasat Rafizi, beliau bukan pendedah maklumat

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

1MDB hari ini menggesa Parlimen dan pihak berkuasa berkaitan lain supaya segera menyiasat Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana mendakwa mendedahkan dokumen sulit.

"Rafizi tidak boleh mendakwa beliau adalah pendedah maklumat atau bertindak demi kepentingan awam, memandangkan PAC adalah pihak berkuasa yang sah dengan lima anggota pembangkang, sudah mempunyai akses dan sedang meneliti Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut 1MDB, pemimpin PKR itu mendedahkan petikan daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai firma tersebut yang diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tetapi diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi.

Rafizi berkata, pendedahannya itu bagi membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Malaysiakini tidak memiliki dokumen itu dan tidak boleh melaporkan apa yang didedahkannya pada sidang akhbar hari ini kerana kekangan undang-undang.

Mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) sesiapa yang didapati memiliki atau menyebarkan maklumat sulit akan dikenakan hukuman penjara mandatori sekurang-kurangnya satu tahun, atau maksimum tujuh tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB mengesahkan terdapat "ketidakpadanan aliran tunai" pada 2015 tetapi semua bayaran tertunggak kepada anak syarikat LTAT Perbadanan Perwira Harta Malaysia telah dibuat.

"Oleh itu, 1MDB menafikan sekeras-kerasnya bahawa firma itu adalah punca sebarang kelewatan pembayaran kepada ahli-ahli angkatan tentera," katanya.

[Baca berita penuh]