Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jabatan Keadilan Amerika ke Malaysia siasat 1MDB
Diterbitkan:  Apr 1, 2016 12:51 PM
Dikemaskini: 6:17 AM

Pegawai Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dilaporkan berada di negara ini untuk berjumpa dengan beberapa individu dalam siasatan mereka ke atas 1MDB, lapor Reuters yang memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan.

Ini susulan selepas laporan Sarawak Report mendakwa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memohon perintah ekstradisi ke atas seorang individu yang ditahan di Abu Dhabi berkaitan dengan penyiasatan ke atas 1MDB.

Malaysiakini telah menghubungi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat untuk mendapatkan pengesahan.

Skandal 1MDB kini disiasat oleh pihak berkuasa di Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Luxembourg, Singapura dan Hong Kong.

Adalah tidak jelas tempoh pegawai Amerika itu berada di Kuala Lumpur atau jika mereka telah meninggalkan negara ini, kata Reuters yang memetik sumber yang tidak mahu dikenal pasti kerana mereka tidak dibenarkan bercakap dengan media.

Sekumpulan peguam yang mewakili Deutsche Bank juga berada di ibu negara kota bagi menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada Jabatan Keadilan Amerika, kata salah satu sumber kepada agensi berita itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB - sebuah firma pelaburan milik penuh kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2009.

Sebelum ini, laporan media antarabangsa mendedahkan AS$1 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank Najib manakala sekurang-kurangnya AS$15 juta dibelanjakan untuk membeli barangan mewah dan percutian.

Deustche Bank pada 2014 telah meminjamkan 1MDB sebanyak AS$975 juta. Pinjaman itu telah dilunaskan pada tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS