Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan bahagian tertentu dari pembelaan Malaysiakini telah ditangguhkan hari ini di Mahkamah Tinggi Seremban.

Ini timbul selepas Hakim Datuk Kamaludin Md Said membenarkan permohonan peguam Pavendeep Singh untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu rayuan untuk penarikan diri Kamaludin daripada mendengar kes ini.

Pavendeep yang mewakili portal berita itu memberitahu Malaysiakini bahawa Hakim Kamaludin bersetuju dengan hujah beliau bahawa isu berat sebelah perlu ditangani sebagai satu perkara kelakuan.

"Jika tidak, sekiranya rayuan itu dibenarkan, ia akan mempunyai kesan pembatalan prosiding itu. Hakim menerima bahawa beliau terikat dengan kes Rowstead.

"Dia memberikan kita perintah seperti yang dipohon untuk menangguhkan (prosiding) dan mengarahkan kami mempercepatkan proses rayuan atas penarikan diri dan mendengar bersama-sama dengan rayuan (Hakim Mahkamah Tinggi Lumpur) Asmabi Mohamad supaya hakim lain mendengar kes ini," kata Pavendeep.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Najib bagi membatalkan bahagian tertentu dari pembelaan Malaysiakini .

Najib menyaman Malaysiakini berhubung dua artikel yang muncul dari komen pembaca ketika pergolakan politik di Terengganu.

[Baca berita penuh]