MP Hanipa selamat jalani pembedahan, kini di ICU
Diterbitkan: Apr 5, 2016 10:33 AM | Dikemas kini: Apr 5, 2016 10:35 AM
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin kini di bawah rawatan rapi selepas selamat menjalani pembedahan malam tadi.
Menurut catatan di Facebook AMANAH, Hanipa sedang dirawat di unit rawatan rapi neurologi Hospital Kuala Lumpur. Difahamkan Hanipa mengalami pendarahan otak.
Beliau dikejarkan ke hospital petang semalam selepas rakan-rakan ahli Parlimen perasan beliau tidak bergerak dari tempat duduknya di Parlimen semasa rehat.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.