Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Abdul Rahman dedah apa yang Guan Eng rahsiakan

Pengarah Strategik Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini mendedahkan beberapa dokumen bagi menyangkal kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa tanah Taman Manggis di Pulau Pinang tidak dijual kepada pihak ketiga.

Antaranya adalah dokumen perjanjian untuk menjual semua saham syarikat yang memiliki tanah tersebut kepada syarikat lain yang terletak di Aman Suria, Petaling Jaya.

Bagaimanapun, nama syarikat yang membeli saham berkenaan dipadamkan daripada dokumen bertarikh 11 November, 2015 yang diedarkan kepada media hari ini.

"Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawa tanah itu telah dijual kepada pihak ketiga.

"Tetapi apa yang beliau tdak nyatakan adalah tanah itu dimiliki oleh Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) dan penjualan saham KLIDC mempunyai kesan yang sama seperti menjual tanah itu juga," kata Abdul Rahman pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, dalam mana-mana projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, pertukaran hakmilik bagi sesebuah syarikat yang dianugerahkan projek mesti memaklumkan kepada kerajaan negeri dan diluluskan, sebelum jualan boleh diteruskan.

Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan Pulau Pinang telah dimaklumkan dengan sewajarnya ini dan seterusnya memberikan kelulusan, atau sama ada fasal ini telah dipadam dalam perjanjian di antara kerajaan negeri dan KLIDC.

Malaysiakini telah menghubungi Lim mengenai kenyataan Abdul Rahman dan sedang menunggu jawapannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS