Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Shazni Munir dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas direman dua hari bawah Akta Hasutan 1948.

Beliau dibebaskan daripada lokap Jinjang, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Shazni ditahan susulan laporan sebuah laman web mendakwa beliau menyeru untuk menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan besar-besaran.

Beliau bagaimanapun mendakwa kenyataannya disalah petik.

Tangkapan itu dibuat susulan arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter.

[Baca berita asal]