Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Penahanan Rafizi berlandaskan undang-undang
Diterbitkan:  Apr 6, 2016 4:11 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini mempertahankan tindakan polis menangkap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebaik beliau melangkah keluar dari pintu Parlimen, petang semalam.

Beliau meluahkan sokongannya itu disebalik kenyataan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berkata beliau memerlukan masa untuk menentukan sama ada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melanggar Peraturan Mesyuarat Parlimen dengan tindakan anggotanya.

“Saya ingin jelaskan bahawa penahanan YB Pandan pada 5 April 2016 adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 15 Kanun Tatacara Jenayah.

“Penahanan beliau dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972,” katanya dalam satu kenyataan media.

Seksyen berkenaan menyebut bahawa undang-undang itu tidak boleh terpakai berhubung sebarang prosiding sivil atau jenayah, penangkapan, penjara atau kerosakan oleh sebab apa-apa perkara yang dibawa di kepada Dewan atau mana-mana jawatankuasa.

“Pada masa yang sama saya berpendapat bahawa Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 tidak memberi imuniti kepada ahli-ahli Parlimen dalam melakukan sesuatu kesalahan jenayah,” katanya.

Rafizi ditahan semalam di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Walaubagaimanapun, saya yakin PDRM mempunyai justifikasinya sendiri kenapa penahanan tersebut dibuat di lokasi sedemikian,” kata Azalina.

Awal hari ini, Pandikar mengakui polis perlu memberi notis kepada Dewan Rakyat jika mereka merancang untuk bertindak di perkarangan Parlimen.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada tempat di mana penangkapan itu berlaku adalah dikawasan Parlimen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS