'Nasi lemak cicak' dihidang dalam pesawat
Waseem Abbas seorang penggemar nasi lemak, dengan keenakan ikan bilis dan sambal merahnya.
Bagaimanapun, dalam pesawat dari Kuala Lumpur ke Kuching itu, ikan bilis yang dikunyahnya itu mempunyai rasa berbeza.
“Ia rangup,” kata Waseem, 27.
Bagaimanapun, selepas mengetepikan sambal dengan sudu plastik, beliau dan isteri dapati ia lebih kepada mirip cicak.
Beliau kemudian terus ke bilik air dan muntah.
Selepas itu, katanya, pramugari bertugas menawarkan hidangan pengganti tetapi beliau menolaknya.
Sampai sahaja ke Lapangan terbang Antarabangsa Kuching, Waseen membawa nasi lemak itu ke balai polis dan membuat laporan.
Pegawai itu, bagaimanapun, merujuknya kepada pejabat penerbangan itu yang kemudian berjanji akan meneliti aduan itu.
Beliau menolak bayaran balik tiket penerbangan dan berhasrat mahu membawa kes itu ke mahkamah.
“Mereka fikir nyawa saya senilai dengan tiket kapal terbang?” soalnya.
Malaysiakini sudah menghubungi syarikat penerbangan itu untuk maklum balas mereka.

