Rayani Air, syarikat penerbangan patuh Syariah pertama Malaysia telah menggantung operasinya sehingga diberi tahu kelak ekoran mogok juruterbang.

"Kami memohon maaf atas kesulitan ini," kata syarikat penerbangan itu dalam paparan terbaharunya di laman Facebook hari ini.

Rayani Air Sdn Bhd, syarikat penerbangan operasi penuh yang dilancarkan tiga bulan lalu merupakan syarikat penerbangan patuh Syariah pertama di Malaysia dan yang keempat di dunia selepas Royal Brunei Airlines, Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.

Dilaporkan semalam mogok juruterbang telah menyebabkan pembatalan penerbangan tertentu Rayani Air.

Rayani Air, dalam paparan di Facebook rasmi syarikat berkata pelanggan boleh menghubungi pusat panggilan di talian +603-27214925 bagi pertanyaan lanjut.

- Bernama