Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pihak polis telah mengarahkan penganjur dalam satu forum di Melaka yang menampilkan pendakwah Islam kontroversi Dr Zakir Naik untuk membatalkan acara itu atas alasan ia boleh mengganggu gugat ketenteraman awam kerana berunsur sensiviti keagamaan.

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur acara itu, pada asalnya dijadualkan pada 17 April ini di kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka, telah dipanggil ke Bukit Aman.

"Kami akan memanggil penganjur forum berkenaan untuk mencadangkan agar ia tidak diteruskan.

"Pada pandangan kami, apabila pendakwah membincangkan topik persamaan antara agama Hindu dan Islam, (perbincangan) ini tidak boleh lari daripada menyentuh kelemahan agama lain," katanya, sambil menambah bahawa perbincangan itu tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Menurut poster promosi majlis itu, Zakir dijadual berucap menyampaikan ceramah bertajuk 'Persamaan antara agama Hindu dan Islam'.

Zakir yang pernah diiktiraf sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2012 kini di Terengganu untuk menghadiri beberapa acara di bawah jemputan dari Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Rahman.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS