Penganjur kata ceramah Zakir di KL Sabtu ini, IGP arah batal
Pendakwah Islam kontroversi Dr Zakir Naik dijadualkan untuk berceramah di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, sehari sebelum acara di Melaka yang telah dibatalkan oleh pihak polis.
Walau bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga mengarahkan pembatalan acara bertajuk 'Adakah al-Quran adalah kata-kata Tuhan?’.
"Yang itu dibatalkan juga," katanya kepada Malaysiakini .
Penganjur bersama daripada siri syarahan umum Dr Zakir Naik 2016, Shahul Hameed Dawood sebelum ini memberitahu pemberita bahawa mereka telah memohon semua permit yang diperlukan untuk siri syarahan di Bukit Jalil itu.
"Malah hari ini kita juga berbincang dengan pihak polis. Pihak polis telah meminta kita untuk memberikan beberapa penjelasan," kata Shahool ketika ditemui selepas sidang akhbar yang diadakan oleh 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Mereka adalah juga penganjur bersama bagi kedua-dua acara berkenaan.
Penganjur juga merayu terhadap pembatalan program di Melaka, iaitu untuk membandingkan antara agama Hindu dan Islam.
Ditanyamengenai arahan terbaru polis berhubung pembatalan majlis di Kuala Lumpur, Shahool berkata penganjur akan menunggu notis rasmi bertulis sebelum bertindak.
Khalid pagi tadi berkata, forum di Melaka yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 17 April ini di kampus Universiti Teknikal Malaysia di Melaka mesti dibatalkan atas alasan ia berpotensi menimbulkan kekacauan awam dan untuk melindungi sensitiviti agama di negara ini.
Menurut poster promosi forum itu, Zakir pada asalnya dijadual menyampaikan ceramah bertajuk 'Persamaan antara agama Hindu dan Islam'.
Shahool, bagaimanapun, melahirkan harapan agar forum itu boleh diteruskan kerana topik yang dibincangkan bertujuan untuk menyerlahkan persamaan antara agama Hindu dan Islam.

