Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KWAP tak bimbang keupayaan SRC bayar balik pinjaman RM4b

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP) tidak bimbang berhubung dakwaan ketidak-upayaan firma SRC International untuk membayar balik pinjaman RM4 bilion yang diberikan kepada bekas anak syarikat 1MDB, kata ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.

Ini kerana, katanya pinjaman yang diberikan oleh KWAP dijamin oleh kerajaan.

"Pinjaman yang diamin kerajaan adalah yang paling selamat di negara ini, jadi kita tidak perlu bimbang (berhubung bayaran balik)," katanya semasa menghadiri majlis Invest Malaysia 2016 di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami telah menjaga kepentingan KWAP dengan mendapatkan jaminan kerajaan (untuk pinjaman); kami mengambil kira kepentingan semua pihak semasa kami memberi pinjaman," katanya.

Oleh itu, katanya, KWAP tidak mempunyai isu dengan SRC International, yang adalah anak syarikat Kementerian Kewangan.

Menurut Wan Kamaruzaman, SRC memaklumkan kepada KWAP bahawa ia telah menggunakan pinjaman untuk pelaburan berkaitan tenaga di peringkat global apabila mula-mula membuat pinjaman tersebut.

Namun KWAP, tidak memaklumkan bagaimana wang itu digunakan kemudian.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS