Klausa kontroversi 1MDB yang memerlukan tandatangan perdana menteri untuk sebarang keputusan penting, termasuk semua komitmen kewangan, dimasukkan untuk melindungi kepentingan kerajaan, kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Halmi.

Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M & A) 1MDB pertama kali disertakan ketika firma itu dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Bercakap kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tahun lalu, Shahrol berkata artikel itu dimasukkan selepas kerajaan menjamin sukuk (bon Islam) RM5 bilion yang diterbitkan oleh TIA.

"Apabila TIA memohon jaminan kerajaan daripada kabinet pada bulan April, salah satu syarat adalah - kerana syarikat ini adalah 100 peratus milik MB Inc Terengganu - perlindungan tertentu perlu dimasukkan ke dalam M & A untuk memastikan bahawa kepentingan kerajaan persekutuan dilindungi.

"(Ini) kerana jaminan RM5 bilion itu akan memberi kesan kepada kewangan kerajaan, khususnya kewangan kerajaan persekutuan," katanya pada perdengaran kedua pada 30 Nov 2015.

Lembaga pengarah TIA sebenarnya telah mengarahkan supaya sukuk berkenaan tidak diterbitkan.

Walau bagaimanapun, seperti yang tercatat dalam Hansard semasa perdengaran pertama Shahrol pada 25 November lalu, beliau berkata bahawa Artikel 117 mensyaratkan bahawa lembaga pengarah mesti mendapatkan kelulusan perdana menteri untuk menghentikan penerbitan itu, yang beliau dakwa mereka tidak melakukannya.

[Baca berita penuh]