PANDUAN Bagi peminat beliau dikenali sebagai pakar perbandingan agama. Tetapi bagi pihak lain, beliau dianggap seorang radikal.
Ketibaan beliau di Malaysia minggu lalu turut mengundang perbahasan hangat pelbagai pihak.
Tetapi siapa sebenarnya Dr Zakir Naik?
Nama penuhnya Zakir Abdul Karim Naik. Beliau lahir di Mumbai, India pada 18 Oktober 1965, tetapi kini menetap di Dubai bersama isteri Farhat Naik.
Pasangan itu mempunyai dua orang anak. Yang lelaki dinamakan Fariq manakala yang perempuan pula dinamakan Rushdaa. Kedua-dua mereka mengikuti jalan Zakir sebagai pendakwah.
Zakir seorang graduan dalam bidang kedoktoran dengan dengan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan daripada Universiti Mumbai.
Dalam wawancara-wawancaranya, Zakir berkata dua anggota keluarganya – bapa dan saudara lelaki – turut menceburi bidang perubatan.
Zakir mempunyai seorang saudara kandung perempuan.
Semasa tamat belajar, Zakir bertanya ibunya sama ada beliau mahu beliau menjadi seperti pakar bedah Afrika Selatan Dr Christian Barnaard atau pendakwakwah Afrika Selatan Ahmad Deedat.
Ibu Zakir dikatakan menjawab kedua-duanya. Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu ibunya bertukar fikiran dan membenarkan beliau menumpukan usaha untuk menyebarkan Islam semata-mata.
Barnaard ialah doktor pertama menjalankan pembedahan pemindahan jantung antara manusia di dunia.
Bagaimana beliau bermula?
Pada 1991, Zakir mula bekerja dalam bidang dakwah dan mengasaskan Yaysan Kajian Islam yang berpangkalan di Mumbai.
Zakir menjadikan Ahmad Deedat ( gambar ) – yang dikenali dalam bidang perbandingan agama – sebagai inspirasinya.
Oleh yang demikian, beliau kadang-kala dirujuk sebagai "Deedat plus". Malah, gelaran itu dikatakan diberikan sendiri oleh Deedat.
Bagaimana beliau menjadi terkenal?
Zakir mencuri tumpuan sebagai selebriti TV selepas mengasaskan TV satelit Peace TV yang berpangkalan di Dubai pada 21 Januari 2016.
Saluran 24 jam dalam bahasa Inggeris itu disiarkan di seluruh dunia melibatkan lebih 200 negara di seluruh dunia. Ia membariskan Zakir berceramah pelbagai tajuk berkaitan perbandingan agama.
Peace TV dilapor menganggarkan penontonnya mencecah 100 juta.
Selain mensasarkan penutur bahasa Inggeris, Zakir juga melancarkan Peace TV dalam bahasa Urdu dan Bangladesh pada 2011.
Di YouTube, carian namanya dengan mudah memunculkan 900,000 keputusan.
Itu saja?
Tidak. Menurut laman web IRF, Zakri telah menyampaikan lebih 2,000 ceramah umum di seluruh dunia dalam tempoh 20 tahun.
Negara-negara itu termasuk Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perqancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Africa Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.
Apa yang beliau katakan?
Menurut profil awam beliau, Zakir menyasarkan untuk memperjelaskan pandangan Islam dan membuat pencerahan pandangan serta salah tafsir mengenai Islam menggunakan Al-Quran, Hadis dan kitab-kitab agama lain sebagai asas, bersama-sama fakta saintifik.
Dalam menyampaikan syarahannya, Zakir dikenali sebagai berkeupayaan untuk memetik ayat-ayat dari pelbagai teks agama termasuk Al-Quran, Bible dan Veda Hindu.
Beliau turut dilaporkan sebagai pendukung pandangan Salafi atau Wahhabi dalam Sunni Islam.
Kedua-dua ideologi secara amnya merujuk kepada pandangan Islam yang lebih konservatif dan asas.
Kenapa sesetengah orang begitu marah pada beliau?
Di Malaysia, tentangan terhadap Zakir kebanyakannya berpusat kepada dakwaan kenyataan anti-Hindu oleh beliau di masa lampau.
Para pengkritik beliau turut mendakwa Zakir telah mensalah tafsir dan salah rujuk kitab-kitab agama Hindu dalam membuat perbandingan antara agama Hindu dan Islam.
Petikan-petikan kontroversi lain yang berkisar kepada Zakir adalah berkaitan pandangan beliau mengenai keganasan:
Kalau Bin Laden berjuang dengan musuh-musuh Islam, saya bersama beliau. Jika beliau bertindak ganas terhadap Amerika – pengganas, pengganas terbesar – saya bersamanya. Setiap orang Islam sepatutnya jadi pengganas. Namun, jika dia memerangi pengganas, beliau mengikuti ajaran Islam. Sama ada beliau ikut atau tidak, saya tidak tahu, tetapi anda sebagai orang Islam tahu bahawa, tanpa memeriksa terlebih dahulu, menuduh secara langsung adalah salah.
Beliau diharamkan memasuki UK, Kanada dan Singapura ekoran pendirian sedemikian.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2010, Zakir telah dilaporkan bahawa petikan beliau ditulis di luar konteks.
Namun Malaysia mengalu-alukan beliau, betul?
Jawapan ringkas kepada soalan itu ialah ya. Jawapan mendalam pula, bergantung kepada siapa anda bertanya.
Pada 2013, Zakir dianugerahkan Personaliti Maal Hijrah Antarabangsa oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Pertama kali beliau datang berceramah di Malaysia ialah pada tahun 2012. Kunjungan semasa Zakir pada masa ini adalah atas jemputan kerajaan negeri Terengganu dan salah satu ceramah beliau di Stadium Gong Badak menarik sehingga 30,000 kehadiran.
Perkara lain yang saya perlu tahun mengenai beliau?
Beliau diberi penarafan tempat ke-89 dalam senarai The Indian Express di kalangan "100 Most Powerful Indians in 2010".
Pada bulan Julai 2013, Zakir dinobatkan sebagai Personaliti Islam Tahunan, diumumkan oleh Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) ke-17.
Pada 2 Februari 2015, beliau sekali lagi mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan King Faisal International Prize for Service to Islam.
