Gempa kuat di Jepun sekurang-kurangnya 9 maut
Satu gempa bumi yang kuat melanda barat daya Jepun pada hari Khamis, yang meruntuhkan beberapa bangunan, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang dan beratus lagi cedera, lapor media tempatan, tetapi pengawal selia nuklear melaporkan tiada masalah di logi-loji kuasa.
Gegaran awal pada magnitud 6 melanda 11 km di timur bandar Kumamoto, demikian menurut Kajian Geologi AS (USGS).
Tiada amaran tsunami, tetapi sekurang-kurangnya seorang terbunuh selepas dihempap runtuhan bangunan, lapor media tempatan. Lebih 400 orang telah dibawa ke hospital.
Agensi berita Kyodo berkata kira-kira 44.400 orang juga telah dipindahkan dan lebih 100 gegaran susulan direkodkan sejak gempa bumi itu melanda sejurus sebelum jam 9.30 petang waktu tempatan.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.