Sekurang-kurangnya 12 orang disahkan maut selepas gempa bumi 7.3 pada skala Richter menggegarkan barat daya Jepun Kumamoto Prefecture pagi ini, menjadikan 21 orang terbunuh sejak hari Khamis, lapor agensi berita China, Xinhua .

Pegawai kerajaan tempatan mengesahkan sekurang-kurangnya 12 orang mati dan ratusan lagi dimasukkan ke hospital akibat gempa bumi kuat yang melanda Kumamoto pada awal pagi ini, diikuti oleh banyak gempa susulan yang teruk, lapor Bernama.

Gempa bumi itu melanda pada jam 1.25 pagi waktu tempatan (12.25 pagi Malaysia), dengan gegaran dirasai di seluruh selatan Jepun dan mencetuskan amaran tsunami yang kemudiannya ditarik balik.

Ia diikuti banyak gempa susulan termasuk gempa bumi dengan magnitud 5.4 yang menggegarkan Kumamoto pada jam 9.48 pagi waktu tempatan (8.48 pagi waktu Malaysia).

Media tempatan juga melaporkan letusan "kecil" di Gunung Aso, gunung berapi besar yang aktif di Kumamoto. Agensi Meteorologi Jepun berkata ia tidak jelas bagaimana letusan itu ada kaitan dengan gempa.

Sebelum ini, gempa bumi dengan magnitud 6.6 melanda barat daya Jepun pada malam Khamis, mengorbankan sembilan orang dan mencederakan lebih 950 yang lain.

Gempa itu mengakibatkan bekalan elektrik terputus di tiga majlis perbandaran yang menjejaskan kira-kira 200,000 isi rumah. Lalulintas terhenti di beberapa lebuh raya di wilayah Kumamoto dan Miyazaki dan beberapa bahagian jalan raya tempatan rosak.

[Baca berita penuh]