Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebihan RM2.3b lepas 1MDB selesaikan hutang
Diterbitkan:  Apr 18, 2016 4:00 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

1MDB kini mempunyai lebihan wang tunai sebanyak RM2.3 bilion selepas menyelesaikan semua hutang jangka pendek dan mengenalpasti wang berkenaan untuk infrastruktur dan keperluan melunaskan hutang-hutang lain.

"1MDB mengekalkan lebihan tunai kira-kira RM2.3 bilion untuk infrastruktur dan keperluan melunaskan hutang-hutang lain," kata firma pelaburan milik kerajaan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama 1MDB mengumumkan telah membayar semula RM590 juta atau AS$150 juta daripada EXIM Bank lebih awal daripada jadual pembayaran semula.

"Dengan pembayaran ini, 1MDB kini telah membayar balik sepenuhnya semua hutang bank dan hutang jangka pendek," menurut kenyataan itu walaupun ia masih mempunyai hutang jangka panjang yang sesetengahnya dijamin oleh kerajaan.

1MDB berkata pembayaran semula kepada EXIM Bank itu dibuat oleh anak syarikat 1MDB, Timeline Zone Sdn Bhd.

Menariknya, petik kenyataan itu, pinjaman Mac 2015 telah digunakan, "antara lain, untuk membiayai urusan korporat am termasuk, tetapi tidak terhad kepada keperluan modal pusingan dan perbelanjaan berkaitan perniagaan tenaga”.

Walau bagaimanapun, menurut transkrip Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir dilaporkan berkata mengikut maklumatnya, pinjaman AS$150 juta yang dibuat oleh Timeline daripada EXIM Bank adalah untuk membayar balik hutang bagi pembelian tanah di Pulau Indah, berhampiran Pelabuhan Klang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS