Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
WSJ dakwa sumber RM2.6bil daripada syarikat palsu Aabar
Diterbitkan:  Apr 19, 2016 1:28 PM
Dikemaskini: 5:39 AM

Akhbar Wall Street Journal , yang dituduh oleh Putrajaya cuba untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat satu lagi dakwaan mengejutkan berhubung dana AS$3.5 bilion yang menurut International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, tidak pernah diterimanya daripada 1MDB.

1MDB dilaporkan telah memindahkan wang berkenaan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kepulauan British Virgin dan mempunyai nama yang hampir sama dengan anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS tetapi tidak mempunyai kaitan dengan firma dana Abu Dhabi itu.

Dalam laporan terbaru, WSJ yang dicalonkan untuk Hadiah Pulitzer berhubung pendedahan skandal 1MDB, mendakwa sebahagian wang daripada syarikat palsu berkenaan berakhir di Tanore Finance Corp yang juga berpangkalan di Kepulauan British Virgin, entiti sama yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.

"Menurut penyiasat di dua negara, sebahagian daripada wang (Aabar) tersebut seterusnya dipindahkan, melalui perantara, kepada sebuah syarikat ‘shell’ bernama Tanore Finance Corp yang didaftarkan di Kepulauan British Virgin.

"Pemilik Tanore apabila ia mula-mula ditubuhkan adalah Tan Kim Loong, rakan perniagaan Malaysia (Jho) Low, menurut mereka yang biasa dengan perkara itu. Percubaan untuk menghubungi Tan bagaimanapun tidak berjaya.

"Penyiasat antarabangsa percaya ia adalah daripada Tanore yang memindahkan AS$681 juta ke akaun Ambank Perdana Menteri Malaysia Najib pada Mac 2013, mengikut mereka yang biasa dengan penyiasatan itu," lapor WSJ .

Najib mendakwa wang AS 681 juta yang dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kepada kadar pertukaran Julai tahun lalu ketika pertama kali ia didedahkan, adalah sumbangan politik dari keluarga diraja Arab Saudi.

Bulan lalu, Perbadanan Penyiaran Australia ( ABC ) juga menerbitkan surat daripada seorang putera Arab yang menyatakan bahawa AS$375 juta diberikan kepada Najib untuk melakukan apa saja yang disukai sebagai pengiktirafan pentadbirannya yang berasaskan Islam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS