Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PETA desak isteri menteri, selebriti henti guna beg kulit

Sukarelawan kumpulan hak haiwan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) mahu isteri menteri, pemimpin negara dan selebriti berhenti menggunakan beg tangan kulit binatang.

Jurucakapnya, Laura Weyman-Jones berkata terdapat beg tangan jenama mewah diperbuat daripada kulit anak burung unta berusia setahun yang dibunuh dengan kejam.

Katanya, sekiranya mereka terus menggunakan jenama tersebut, rakyat akan mengikut jejak langkah memandangkan mereka adalah teladan masyarakat.

“Saya tak sedar mana-mana isteri pemimpin atau selebriti yang membawa beg jenis ini tapi kalau sesiapa yang terkenal dan mendakwa mereka dihormati dalam industri fesyen, saya pasti kekejaman tidak pernah wujud dalam fesyen.

“Jika dia menggunakan beg ini, beliau seharusnya tidak membelinya dan menggunakannya.

“Kalau dia mempunyai pendirian begitu (tidak menggunakannya), ia akan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas berhimpun di luar sebuah kedai beg di Pavillion, di Kuala Lumpur.

Pada perhimpunan itu, mereka turut membawa lima patung anak burung unta dan diletakkan di hadapan kedai berkenaan,

Selain itu, mereka turut membawa plakad bertulis "hentikan jualan kejam kulit burung unta".

Sebelum ini menurut laporan AFP sebuah beg mewah dari kulit buaya berharga RM820,000 telah dibeli seorang pembeli misteri daripada Asia dengan harga AS$222,912 yang membuat bidaan melalui telefon.

Beg itu bertatahkan emas putih 18 karat dan permata.

Di Internet, gambar Rosmah menggayakan beg jenama berkenaan tersebar meluas.

Bagaimanapun, pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor menafikan bahawa beg itu kepunyaan bosnya .

Dalam perhimpunan yang berlangsung pada jam 12 tengah hari disertai empat orang sukarelawan PETA.

Bagaimanapun pihak pengurusan Pavillion mengarahkan mereka untuk berhenti sebelum memasang palang di hadapan kedai tersebut kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Sementara itu Laura berkata pereka fesyen boleh menggunakan bahan lain selain binatang untuk membuat beg tangan.

“Dia (pereka) patut mencipta satu fesyen baru, semuanya tidak menggunakan haiwan, manusia boleh mencipta pelbagai jenis (beg dan barangan tanpa guna haiwan).

“Termasuk boleh membuat beg dari kulit buah nenas. Jika mereka membuat mencipta (beg tanpa haiwan), (Prada) boleh berhenti menggunakan binatang,” katanya.

Lihat Komen
ADS