Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SN mengeluh suara anti-DLP tak didengar atasan
Diterbitkan:  Apr 19, 2016 6:30 PM
Dikemaskini: 10:43 AM

Program Dwibahasa (DLP) yang dilaksanakan di hampir 300 sekolah setakat ini didakwa bertentangan dengan matlamat mengembangkan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi.

Sasterawan Negara (SN) Datuk Anwar Ridhwan ( gambar ) mengingatkan antara matlamat utama Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu dalam bidang itu.

Katanya, apa yang berlaku menyebabkan peruntukan bahasa Melayu dalam perlembagaan, akta berkaitan bahasa dan wasiat raja-raja Melayu tidak memberi apa-apa makna.

“Pimpinan institusi DBP seharusnya tidak boleh berasa selesa dan tidak cakna dalam kontradiksi yang bakal meruntuhkan benteng terakhir bangsa ini,” katanya.

Pada 9 April lalu, hampir 1,000 orang, termasuk tokoh bahasa dan kumpulan sasterawan, menyertai himpunan membantah pelaksanaan DLP di ibu negara.

Penentangan itu dianggap digerakkan selepas DLP didakwa cuba mengembalikan semula dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik (PPSMI) yang dimansuhkan kerajaan sebelum ini setelah protes awam besar-besaran.

Menulis dalam kolumnya di BHOnline , Anwar berkata sudah lama tokoh dan aktivis bahasa serta mahasiswa yang cakna bahasa Melayu memperjuangkan isu itu, tetapi tidak didengar.

“Malangnya suara mereka tidak didengar oleh pihak atasan.

“Mungkinkah bahasa Melayu akan menjadi seperti anak kandung yang dibuang oleh ibu bapanya sendiri?

Qua vadis (ke mana arah) bahasa Melayu?” soal sasterawan negara kesepuluh itu lagi.

Apa sebenarnya DLP yang ditentang aktivis bahasa?

Lihat Komen
ADS