PKR turut menyertai 'perang maskot' dalam pilihan raya negeri Sarawak dengan memperkenalkan maskot baru - badak sumbu Borneo.
Imej maskot itu pertama kali dimuat naik oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Instagram.
Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin mengesahkan bahawa maskot itu akan dilancarkan di Kuching petang Jumaat ini.
"Apa yang Nurul Izzah muat naik adalah versi awal maskot kami. Ia adalah badak sumbu Borneo dan cukup comel," Sim kepada Malaysiakini .
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai maskot itu.
Ini menjadikan pilihan raya negeri pada 7 Mei ini menarik dalam sejarah Sarawak, dengan lima maskot memasuki 'medan perang', kata para pemerhati.
