Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GSC: Bir di pawagam untuk dewasa, bukan Islam
Diterbitkan:  Apr 26, 2016 1:17 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Pengendali pawagam GSC hari ini memberi jaminan bahawa hanya orang dewasa dan bukan Islam dibenarkan untuk membeli bir dari cawangannya.

Ia berikutan aduan daripada Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) bahawa jualan alkohol di pawagam itu boleh menggalakkan tabiat meminum minuman keras di kalangan pengunjung dan mereka di bawah umur.

"Jualan ini hanya dihadkan kepada pengunjung dewasa di GSC Perdana dan Gold Class lounge.

"Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, pawagam kami mematuhi undang-undang tempatan dan tidak menjual bir kepada orang Islam dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun," katanya dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Ia menambah bahawa para pelanggannya "datang dari semua lapisan masyarakat".

"GSC sentiasa berusaha memastikan pawagam kami terbuka kepada semua kerana kami percaya dalam memberikan nilai yang besar dan suasana yang selesa untuk semua orang bagi menikmati keajaiban filem pada skrin besar," katanya.

Timbalan Presiden PHA P. Murugiah minggu lalu berkata, NGO itu telah mengadu kepada pihak berkuasa berhubung perkara itu.

"(Kami mahu) tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penjualan arak di pawagam," katanya.

Lihat Komen
ADS