Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Internet 4G lima tahun lagi di S'wak, janji PM
Diterbitkan:  Apr 26, 2016 2:28 PM
Dikemaskini: 6:29 AM

Penduduk Sarawak akan menikmati Internet jalur lebar 4G dalam tempoh lima tahun lagi jika memberikan mandat lebih besar kepada BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, mandat lebih besar kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Adenan Satem penting kerana mereka mempunyai agenda besar untuk Sarawak dalam tahun-tahun mendatang.

“Anda boleh pegang kata-kata saya bahawa kerajaan persekutuan akan teruskan kerjasama, sokongan dan mampu memberikan dana cukup untuk Sarawak,” Najib dilapor sebagai berkata oleh Borneo Post hari ini.

Bercakap dalam sidang media di Lundj semalam, Najib berkata projek Internet laju, bersama Lebuh Raya Pan-Borneo, sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan Sarawak setara dengan semenanjung.

Beliau berjanji projek-projek lain untuk kepentingan penduduk luar bandar seperti penyaluran bekalan air dan pembinaan jalan raya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS