Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempunyai penyelesaian terhadap media berhubung ahli-ahli politik yang sering mendakwa kenyataan mereka disalah petik.

Apandi berkata wartawan boleh bertindak menyaman ahli-ahli politik berkenaan jika ada bukti menunjukkan sebaliknya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan penyiasat The Sun Daily R Nadeswaran yang mengeluh apabila pengamal media dituduh menerbitkan berita palsu sedangkan ahli politik dengan mudah mendakwa kenyataannya disalah petik.

"Anda mempunyai penyelesaian undang-undang, saman dia," Apandi memberitahu Nadeswaran semasa sesi soal jawab selepas majlis makan tengah hari bersama pengamal media dan ahli akademik di Kuala Lumpur hari ini.

"Sekali-sekala, kamu perlu beri mereka pengajaran. Saya juga tidak suka orang yang berdusta apabila ia (keterangan) jelas, ada pita direkodkan," katanya.

Apandi menambah, membawa ahli-ahli politik ke mahkamah bukan satu perkara biasa kerana tidak semua menteri suka mendakwa kenyataannya disalah petik.

"Hanya sedikit, satu atau dua, jadi kamu ambil satu atau dua itu, saman mereka," katanya.

[Baca berita penuh]