Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Calon BN jadi tumpuan peniaga di Miri luah rungutan
Diterbitkan:  Apr 27, 2016 10:46 AM
Dikemaskini: 2:59 AM

P'RAYA S'WAK | Calon BN bagi kerusi Pujut, Hii King Chiong menjadi tumpuan orang ramai yang menyuarakan rungutan mereka ketika beliau mengadakan tinjauan mesra di sekitar Miri hari ini.

Sebelum ini, Hii terserempak dengan tiga calon DAP yang bertanding di tiga kerusi kawasan bandar di situ.

Mereka terserempak di sebuah medan selera berhampiran pasaran Krokop 10 di mana mereka menemui dan bersalaman dengan orang ramai di situ.

Hii dan tiga calon DAP itu - Dr Bob Baru Langub (Senadin), Dr Ting Tiong Choon (Pujut), dan Alan Ting (Piasau) - mendapat sambutan mesra daripada peniaga dan pengunjung di pasar itu dan kedai-kedai sekitarnya.

Bagaimanapun, calon BN itu kelihatan sedikit lebih popular apabila ramai yang menemuinya untuk menyuarakan rungutan mereka - mengenai jalan, longkang dan juga lokasi kipas di pasaran

Sementara itu, Polis Sarawak telah mengenal pasti Batu Kawah, Bawang Assan, Pakan, Tasik Biru dan Tanjung Batu sebagai lima daripada 20 kerusi panas menjelang pilihan raya negeri pada 7 Mei.

Anggota tambahan akan ditempatkan di kawasan pilihan raya berkenaan, kata Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, ACP Mohd Haris Daud, lapor Borneo Post .

Polis akan memberi perhatian yang lebih kepada aspek keselamatan di kawasan panas yang yang dikenal pasti itu, katanya.

Sejumlah 29 permohonan permit ceramah telah diterima oleh polis pada hari Isnin, dengan 27 ceramah kemudiannya diadakan, katanya.

Mohd Haris menegaskan bahawa polis tidak akan menolak sebarang permohonan ceramah selagi ia memenuhi semua keperluan yang diperlukan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS