Pada malam kelapan kempen pilihan raya Sarawak, ceramah DAP di kerusi Batu Kawah menerima kehadiran 500 hingga 600 orang, menjadikan persaingan antara calon BN Dr Sim Kui Hian dan calon DAP Christina Chiew dilihat sama kuat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkempen untuk Chiew, yang hanya menang dengan majoriti 543 undi dalam pilihan raya lalu.

Dalam ceramah di perhimpunan SJK Chung Hus Stapok, Sim berkata Chiew tidak akan dapat membawa pembangunan di kawasan itu.

Dengan memainkan isu pembangunan, beliau berkata kerajaan BN akan memperuntukkan RM80 juta bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan itu.

"Oleh itu marilah kita buat beliau bersara pada 7 Mei. Jangan bimbang, dia masih akan menikmati pencen sebagai bekas ADUN," katanya.

Sim menggesa pengundi untuk 'ubah' - yang merupakan slogan DAP sejak pilihan raya negeri 2011 - dengan menyokong Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

"Masa tidak akan menunggu sesiapa, ia tepat pada masanya untuk kita 'ubah', beri Sim Kui Hian dan BN peluang, okay?" ujarnya

"Okay," jerit orang ramai ghairah.

Malah, Sim yang memilih untuk gaya kempen sederhana pada pilihan raya 2011, kini menyerang garang lawannya dengan memainkan isu pembangunan, bersama-sama klip video ucapan Chiew, hampir setiap hari.

Tidak ada keperluan untuk pembangkang memainkan peranan memantau kerajaan negeri kerana SUPP boleh mengambil tanggungjawab itu, katanya.

Enam kilometer jauh di MCJ - sebuah bandar baru - Lim berkempen kali pertama untuk Chiew, di mana beliau menggesa sokongan pengundi supaya DAP boleh menerokai kerusi luar bandar tanpa sebarang kebimbangan.

Beliau meminta pengundi bandar menyokong DAP di mana beliau mengatakan parti itu kekurangan sumber bagi membolehkan kawasan luar bandar mengalami perubahan.

"Ini mungkin ceramah terakhir saya di Kuching. Saya perlu berkempen di kawasan-kawasan lain sebelum permit imigresen saya tamat," kata Lim.

Sim, yang dikalahkan sebanyak 7595 undi pada tahun 2011, berpindah ke Batu Kawah. Ini adalah pertandingan hidup mati bagi Sim, yang juga Presiden SUPP. Menjadi tradisi SUPP apabila presiden parti yang kalah perlu berundur selepas pilihan raya.

SUPP telah menggerakkan sumbernya untuk menawan Batu Kawah dengan restu tiga pemimpin utama BN.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memikat hati pengundi dengan janji jawatan timbalan ketua menteri, yang kosong selepas Presiden SUPP George Chan kalah dalam pilihan raya negeri 2011.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berkempen untuk Sim dengan janji untuk menyelesaikan masalah banjir dan peruntukan RM250,000 pada pasukan polis.

[Baca berita penuh]