Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lubang dalam 'telan' kereta di PJ, mangsa selamat
Diterbitkan:  May 3, 2016 5:18 PM
Dikemaskini: May 4, 2016 11:53 PM

Satu kemalangan yang jarang-jarang berlaku terjadi dekat simpang di Jalan Universiti, Petaling Jaya.

Ia menyaksikan sebuah kereta jatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira 60 kaki dalam di kawasan pembinaan di kawasan itu.

Dua lelaki warga emas dilapor terperangkap dalam lubang yang berair itu, tetapi dapat diselamatkan, lapor Oriental Daily.

Menurut klip video yang dimuat naik ke Internet, pasukan bomba dan penyelamat bergegas ke tempat kejadian yang berjaya menyelamatkan mangsa.

Kereta itu juga ditarik keluar menggunakan kabel. Bahagian depannya remuk teruk.

Lihat Komen
ADS