Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AG tutup kes dakwaan 'akuan palsu' penjual banglo
Diterbitkan:  May 4, 2016 11:22 AM
Dikemaskini: 5:31 AM

Kes Phang Li Koon, pemilik yang menjual banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Jelutong yang kini dibeli oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng telah diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut".

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab yang mengesahkan perkara itu berkata, kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan telah ditutup setelah keputusan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara beberapa hari lalu.

“Bagi pihak polis negeri, kita sudah melengkapkan siasatan berhubung kes ini dan menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Saya dimaklumkan Jabatan Peguam Negara membuat keputusan menutup kes ini beberapa hari lalu,” katanya selepas sebuah acara polis di George Town hari ini.

Phang sebelum ini dituduh membuat akuan bersumpah palsu apabila beliau mendakwa tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Phang berikut akuan bersumpah beliau yang juga dipertikai kerana tidak dibacakan beliau sendiri tetapi oleh exco Pulau Pinang Phee Boon Poh.

Phee, ADUN Sungai Puyu, adalah sepupu jauh Phang.

Phang didakwa menjual banglo kepada Lim pada harga RM2.5 juta, sedangkan nilai hartanah semasa dianggarkan mencecah RM5 juta.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP menafikan sebarang salah laku dan berkata rumah itu dibeli pada asas persetujuan penjual dan pembeli yang sanggup.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS