Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syed Faisal Albar ganti Dr Mahathir, kata Proton
Diterbitkan:  May 5, 2016 6:59 PM
Dikemaskini: 11:03 AM

Proton Holdings Bhd. (Proton) melantik Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa hari ini, susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mac, 2016.

Menurut kenyataan Proton, Syed Faisal Albar, yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd, juga akan mengambil alih jawatan Pengerusi Group Lotus plc.

"Antara jawatan penting yang pernah disandang Syed Faisal Albar sebelum ini termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia Bhd, Pengarah Eksekutif Konsortium Logistik Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malakoff Corporation Bhd dan CEO Gas Malaysia Bhd.

"Pengalaman dan rekod perkhidmatan beliau yang terbukti dalam meningkatkan perolehan dan keberuntungan akan menjadi kelebihan terutamanya kepeada Proton yang ketika ini melaksanakan perubahan dalam perniagaanya," menurut kenyataan itu, memetik Bernama.

Sebelum ini, selain meletakkan jawatan dalam Proton, Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas, penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

Mahathir, terdahulu, mengumumkan keputusan keluar Umno kerana tidak berpuashati dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terutama dalam isu melibatkan 1MDB dan derma politik berjumlah RM2.6 bilion.

Beliau juga mengetuai Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang dan NGO dalam usaha menggesa Najib berundur.

Lihat Komen
ADS