Mayat juruterbang helikopter ditemui
Mayat terakhir mangsa nahas helikopter yang terhempas di Sebuyau telah ditemui kira-kira jam 10.45 pagi tadi di kawasan Triso, di Sri Aman.
Menurut pihak Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Dato Abd Aziz Yusof, mayat terkahir berkenaan telah tiba di pusat operasi di jeti Lingga kira-kira jam 11.05 pagi tadi.
"Pihak polis mengesahkan kesemua keenam-enam mangsa telah ditemui, seperti semua sedia maklum hanya mayat juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas merupakan mangsa terakhir."
"Seperti kebiasaannya kita tidak boleh mengesahkan sehingga pihak hospital yang mengesahkan," katanya seperti dilaporkan dalam Facebook Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak.
Menurut beliau lagi, walaupun kesemua mangsa telah ditemui, operasi mencari bangkai helikopter akan diteruskan.
Helikopter malang itu berlepas dari Betong ke Kuching pada petang Khamis lalu, sebelum hilang daripada radar sejurus kemudian.
Mangsa terkorban ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suami Noriah, Asmuni Abdullah dan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Insiden itu berlaku di saat-saat akhir kempen pilihan raya Sarawak pada Sabtu.


