Anwar dikejar ke hospital kerana tekanan darah tinggi
Diterbitkan: May 9, 2016 11:00 PM | Dikemas kini: May 10, 2016 7:32 AM
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi, kata peguamnya Sivarasa Rasiah.
Sivarasa yang juga ahli Parlimen Subang, berkata tekanan darah Anwar "tidak stabil".
"Marilah kita semua berdoa untuk beliau," katanya dalam Facebook.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas sabitan kes liwat II.

