Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dia cakap tentang Melayu korup: Aziz sokong 'Superman'
Diterbitkan:  May 10, 2016 3:49 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Calon DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa mempertahankan penceramah celupar parti itu, Hew Kuan Yew yang mengeluarkan kata-kata "skru Melayu” jika dirinya menang pada pilihan raya negeri Sarawak di kerusi Batu Kitang pada 7 Mei lalu.

Aziz berkata Hew yang dikenali dengan gelaran 'superman' kerana sering memakai baju superhero komik itu mensasarkan mereka yang mengamalkan rasuah dalam video ceramahnya yang menggesa pengundi untuk menyokong DAP berbanding PKR di Batu Kitang.

"Apa superman kata adalah jika saya menang di Batu Kitang, saya akan jadi wakil Melayu yang akan skru Melayu yang amalkan rasuah di Sarawak," kata Aziz kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau menuduh sesetengah pihak memutar-belitkan kenyataan Hew.

"Mereka cuba mengalihkan perhatian daripada isu-isu seperti 1MDB dan GST, kerana kita akan menghadapi dua lagi pilihan raya kecil," katanya.

Sedutan ucapan Hew dihebahkan dalam laman web Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin dengan tajuk: "Undi DAP supaya kita boleh skru Melayu".

Ucapan itu dibuat dalam bahasa Mandarin tetapi blog Raja Petra menyediakan sarikata Melayu.

Sarikata memetik Hew sebagai berkata bahawa Aziz boleh "skru Melayu sendiri, skru Melayu yang rasuah dan skru kumpulan Melayu pok kai".

Walau bagaimanapun, sari kata itu diterjemahkan secara salah dan sepatutnya berbunyi: "Masukkan Aziz ke Dewan Undangan Negeri untuk skru Melayu sendiri, skru pegawai Melayu yang rasuah dan skru Parti Bersatu Bumiputera yang pok kai.”

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS