Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AirAsia gantung sektor KL-Goa mulai Jun
Diterbitkan:  May 10, 2016 9:40 PM
Dikemaskini: 1:42 PM

AirAsia Bhd akan menggantung perkhidmatan penerbangan tiga kali seminggunya bagi laluan Kuala Lumpur-Goa (India), bermula 7 Jun, 2016.

Ketua Komersilnya, Spencer Lee berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada insiatif penyusunan semula laluannya.

"Di sebalik pelarasan laluan ini, kami kekal komited dengan pasaran India dan berharap dapat kembali ke Goa pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan penggantungan itu, syarikat penerbangan tambang rendah tersebut berkata ia akan menawarkan tiga pilihan bagi pelanggan yang terbabit.

"Mereka boleh menjadualkan semula perjalanan mereka ke tarikh yang lebih awal sebelum penggantungan, bergantung kepada ketersediaan tempat duduk, atau memilih credit shell dengan tempoh sah 180 hari, atau pembayaran balik penuh," kata syarikat itu.

AirAsia akan memaklumkan kepada penumpang yang terlibat menerusi emel dan sistem pesanan ringkas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS