Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP Jelebu masuk wad lepas rebah di rumah
Diterbitkan:  May 13, 2016 5:10 PM
Dikemaskini: 9:11 AM

Anggota parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dilaporkan pengsan di rumahnya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, hari ini.

Menurut portal berita BNBBC, Zainuddin, 57, dihantar ke Hospital Jelebu sebelum dipindahkan ke HKL petang ini.

"Setakat ini (4 petang), saya difahamkan bahawa beliau masih tidak sedarkan di wad kecemasan HKL.

"Doktor sedang menjalankan ujian lanjut untuk menentukan punca," Ketua Umno Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias dipetik sebagai berkata oleh portal itu.

The Star bagaimanapun memetik seorang pembantu Zainudin sebagai berkata ahli Parlimen Umno telah sedar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS