Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengerusi BERSIH dilarang keluar M'sia, tak dapat terima anugerah di Korea Selatan

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah tidak dapat menerima Anugerah Hak Asasi Manusia Gwangju di Korea Selatan bagi pihak gabungan itu kerana beliau tidak dibenar meninggalkan Malaysia.

Beliau tidak dibenarkan melepasi pintu imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kata anggota urusetia BERSIH, Mandeep Singh.

"Tiada penjelasan diberikan kecuali bahawa ia adalah arahan Putrajaya," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi, Maria berkata beliau tidak pernah dilarang daripada meninggalkan Malaysia sebelum ini dan telah pergi ke New York, Geneva dan London sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei.

Anugerah Hak Asasi Manusia Gwangju adalah satu anugerah oleh Yayasan Memorial 18 Mei Korea Selatan sebagai mengiktiraf mereka yang memajukan hak asasi manusia, demokrasi dan keamanan.

BERSIH telah dipilih sebagai penerima bersama anugerah itu tahun ini, dengan aktivis Vietnam Nguyen Dan Que.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS