Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maklumat Good Star dipadam dalam laporan PAC kerana 'sulit'
Diterbitkan:  May 17, 2016 12:10 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memadamkan beberapa kenyataan dalam laporan 1MDB kerana segala maklumat yang diberi oleh Bank Negara adalah berstatus "sulit" dan bukan untuk laporan umum.

"Pengerusi PAC (Datuk Hasan Arifin) menerima maklumat daripada Bank Negara Malaysia yang menyatakan bahawa segala maklumat yang diberi adalah berstatus 'sulit bagi tujuan risikan sahaja dan bukan untuk kegunaan mahkamah atau laporan awam," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan parlimen hari ini.

"Untuk makluman, semua anggota PAC telah dimaklumkan mengenai perkara ini melalui surat Pengerusi PAC kepada Timbalan Gabenor Bank Negara bertarikh 6 April," katanya.

"Ini kerana laporan PAC adalah untuk kegunaan awam, maklumat berkenaan tidak boleh dimasukkan dalam laporan itu," katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Lim bertanya sama ada Hasan boleh memadamkan kenyataan yang dibuat oleh Bank Negara dalam laporan PAC yang berkata pihak berkuasa Malaysia memaklumkan bahawa Good Star Limited (GSL), yang menerima AS$700 juta daripada 1MDB dimiliki oleh seorang individu yang tidak ada hubungan kait dengan rakan kongsi usaha sama 1MDB, Petrosaudi Group.

"Adakah Low Tack Jho (Jho Low) menguasai GSL?" soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS