Persoalan timbul sama ada Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid benar-benar mahu tokong Tao di Taman Armenia, Pulau Pinang “dirobohkan”.

Semalam, Jahara menafikan berkata demikian.

Bagaimanapun Ketua Menteri Lim Guan Eng tetap menegaskan Jahara bermaksud begitu ketika mengulas isu tokong kecil di taman awam itu.

Lim hari ini mengedarkan salinan hansard Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada pemberita.

Berdasarkan handsard itu, Jahara berkata: “Kalau boleh compound spirit ini tak usahlah bubuh kerana ia akan menjadi tempat sembahan kerana orang Islam tak akan pergi sembah tapi kita takut yang orang yang tak faham tu.”

“Apa lagi maksudnya kalau bukan robohkan,” soal Lim dalam sidang media di DUN negeri hari ini.

Jahara semalam menafikan mahu tokong itu dirobohkan.

Jelasnya, beliau hanya mempersoalkan konsep menempatkan tempat beragama di taman awam.

[Baca berita asal]