Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM perjelas sebab 1MDB tidak bayar faedah AS$50.3 juta
Diterbitkan:  May 19, 2016 11:16 AM
Dikemaskini: 3:23 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, 1MDB mempunyai dana tunai mencukupi untuk melunaskan bayaran faedah AS$50.3 juta untuk bon Langat bernilai AS$1.75 bilion.

Bagaimanapun, beliau yang juga menteri kewangan berkata, 1MDB tidak membayar faedah itu ekoran pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).

"1MDB mempunyai dana sejumlah RM2.3 bilion dan mampu membayar semula faedah AS$50.3 juta.

"Bagaimanapun, 1MDB tidak berbuat demikian kerana pertikaian dengan IPIC," ujar beliau dalam jawapan parlimen bertulis dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan.

"Untuk makluman dewan, IPIC telahpun membuat bayaran faedah di bawah peruntukan jaminan IPIC," tambahnya.

Najib memberi maklum balas sedemikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dari DAP.

Mohd Ariff bertanya mengenai jumlah hutang yang melibatkan IPIC.

"Apakah sebab 1MDB tidak membayar semua faedah hutang AS$50 juta?" tanya Ariff.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS