Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pesawat EgyptAir hilang dari radar
Diterbitkan:  May 19, 2016 11:28 AM
Dikemaskini: 5:14 AM

Pesawat EgyptAir MS804 dari Paris ke Kaherah hilang daripada radar setelah berlepas pada 11.09 malam (CEST).

Memetik sumber, dpa melaporkan pesawat itu membawa 69 penumpang dan anak kapal.

Agensi berita China, i bagaimanapun melaporkan angka berbeza dengan 59 penumpang dan 10 anak kapal dalam penerbangan itu.

EgyptAir mengesahkan laporan itu di Twitter rasminya.

Ini insiden kedua melanda EgyptAir dalam tempoh terdekat. Pada 29 Mac lalu, pesawat syarikat sama dari Iskandariah ke Kaherah telah dirampas lelaki bersenjata.

Insiden itu turut mendapat perhatian rakyat Malaysia memandangkan pesawat Malaysia Airlines juga hilang sebelum ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS