Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar sahkan ‘warkah’ adalah tulisannya di mahkamah

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin pembangkang agar tidak menyimpang daripada perjuangan asal mereka iaitu berjuang untuk rakyat apabila mereka bekerja dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar berkata, isu pendidikan, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan kontroversi berhubung isu pengeluar tenaga bebas hanya sebahagian daripada isu berkenaan.

"Pastikan dia (Mahathir) tidak memerintah. Isu-isu seperti kronisme dan rasuah perlu ditangani.

"Pastikan bahawa isu-isu rakyat, yang merupakan isu-isu utama, tidak menyimpang," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes semakannya di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Anwar berkata beliau telah menghantar tiga pemimpin kanan PKR untuk berunding iaitu timbalan presiden parti Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden Tian Chua dan Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka untuk tidak menyimpang dan tidak membiarkan Mahathir merencanakannya kepada mereka.

Anwar juga mengesahkan bahawa suratnya yang diedarkan minggu lalu adalah sahih dan bahawa beliau menulisnya ketika di mahkamah.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Malaysiakini kerana menterjemahkannya, tetapi ia perlu dibaca dalam konteks asalnya.

"Di mana pada peremulaannya ia adalah dalam bahasa Melayu dan di tengah-tengah adalah dalam bahasa Inggeris manakala ia diakhiri dalam bahasa Melayu.

"Ia pada mulanya diarahkan kepada pemimpin parti tetapi kerana ia sekarang sudah tersebar, saya berharap semua orang membacanya," katanya sambil dikawal ketat oleh anggota Jabatan Penjara.

[Baca berira penuh]

Lihat Komen
ADS