Seorang kakitangan pentadbiran dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita warga Myanmar.

Muhammad Amirul Abdullah, 37, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan perbuatan itu pada kira-kira 5.30 petang, 4 Mac 2014, di tangga tingkat dua di rumah wanita itu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana tiada anggota keluarganya hadir di mahkamah.

Beliau menetapkan 20 Jun untuk sebutan semula kes.

- Bernama