Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafee kecewa, dakwa mahkamah khilaf, akan failkan rayuan

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak samannya terhadap peguam Tommy Thomas, bekas Hakim Mahkamah Rayuan VC George, Badan Peguam Malaysia dan bekas presiden Majlis Peguam Christopher Leong.

Dakwanya, mahkamah "terkhilaf".

"Sememangnya, kita kecewa dengan keputusan hari ini. Bagaimanapun, kami mengambil pendirian dan sudah tentu percaya bahawa keputusan itu adalah terkhilaf.

"Sehubungan itu, kita akan memfailkan rayuan bersama-sama dengan sijil perakuan segera dan berharap supaya perkara itu didengar segera oleh Mahkamah Rayuan.

“Kami sedang mengambil langkah-langkah untuk menyusun rekod rayuan dengan segera," katanya.

Shafee seorang peguam kanan yang telah diberikan fiat oleh peguam negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mendakwa bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Walau bagaimanapun, setelah mencapai sabitan di Mahkamah Persekutuan ke atas Anwar, beliau memberi ceramah umum di Kelana Jaya kepada Pemuda Umno mengenai kes tersebut.

Susulan itu, peguam yang dikaitkan dengan Umno itu turut mengadakan perbincangan yang sama di beberapa tempat lain.

Ini menyaksikan Tommy memfailkan usul, yang disokong oleh George, di AGM Badan Peguam Malaysia tahun lalu mengadu mengenai kelakuan Shafee berhubung ceramah awam berkenaan.

Shafee kemudiannya memfailkan saman untuk menyekat Tommy dan George daripada membentangkan usul itu terhadapnya dan memperoleh injunksi ex-parte sehari sebelum AGM.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Hanipah Farikullah, dalam menolak saman itu, memutuskan bahawa mahkamah telah menerima justifikasi pihak pembelaan, kelayakan keistimewaan dan komen adil.

Beliau menambah, mahkamah mendapati adalah tidak sesuai untuk Shafee membincangkan bukti dalam kamera semasa perbicaraan kes liwat II.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS