Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nik Faisal, Suboh masih pengarah SRC International
Diterbitkan:  May 30, 2016 9:48 AM
Dikemaskini: 1:51 AM

Nik Faisal Ariff Kamil dan Suboh Md Yasin adalah masih pengarah firma SRC International,anak syarikat Kementerian Kewangan.

Nik Faisal dan Suboh sebelum ini tidak dapat dikesan sebelum akhirnya berjaya disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan berhubung dana RM42 juta SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuj Seri Najib Razak.

Kedua-dua mereka membentuk dua pertiga daripada lembaga pengarah SRC International, dengan Suboh sebagai pemangku pengerusi dan Nik Faisal sebagai pengarah eksekutif.

Ahli lain adalah Mohammed Azhar Osman Khairuddin yang mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Sept, 2014.

Ini didedahkan dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Tony Pua (DAP - Petaling Jaya Utara) pada sesi Mac / April.

Pua dalam soalannya meminta supaya Menteri Kewangan menyatakan jika Nik Faisal masih adalah pengarah urusan SRC International.

SPRM Ogos lalu terpaksa mengeluarkan notis awam bagi mendapatkan maklumat mengenai lokasi Suboh dan Nik Faisal dalam usaha untuk mendapatkan bantuan mereka dalam siasatan.

Pengarah Siasatan SPRM, Azam Baki juga sedang berusaha untuk mengetahui lokasi ahli perniagaan Jho Low.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, dalam jawapan bertulis parlimen pada 19 Mei, berkata siasatan telah selesai dan semua saksi diperlukan telah disoal.

The Wall Street journal sebelum ini melaporkan Nik Faisal mempunyai kuasa perundangan berhubung akaun Najib.

Suboh pula dilaporkan adalah pemegang saham Gandingan Mentari, antara firma yang dikaitkan dalajejak aliran wang SRC International.

SRC International pernah menjadi anak syarikat 1MDB. Ia mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk pelabran dalam industri minyak dan gas di Mongolia.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhbung dana yang berada di akaun bank peribadi perdana menteri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS