Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tak betul MARA henti pelajar ke luar negara, kata menteri

Kerajaan memperuntukkan RM756 juta untuk 1,890 penerima Skim Pelajar Cemerlang 2016 di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi tahun ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata ini bertentangan dengan dakwaan bahawa kerajaan telah menghentikan tawaran kepada pelajar bumiputera menerusi bantuan kewangan melalui Mara.

Ismail berkata demikian pada majlis penyerahan surat tawaran biasiswa kepada 347 pelajar.

Setiap pelajar akan menerima elaun, di atas yuran pengajian berjumlah RM400,000 seorang secara purata.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Ahli Parlimen Bera itu berkata pelajar akan menghabiskan tahun asas mereka dan dua tahun pertama ijazah di kolej-kolej Mara di seluruh negara, sebelum dihantar ke luar negara pada program berkembar.

Angka ini (1890) adalah daripada 11,844 pelajar yang belajar di universiti-universiti tempatan, katanya.

Beliau juga memberi amaran bahawa kegagalan untuk mengekalkan kecemerlangan akademik sepanjang tahun asas boleh menyebabkan biasiswa penuh dibatalkan atau ditukar kepada skim pinjaman.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri turut mengingatkan pelajar dan pengkritik bahawa MARA sejak penubuhannya pada tahun 1966 telah membelanjakan RM24.7 bilion untuk biasiswa dan pinjaman bagi 493,452 pelajar, yang mana 45,900 telah dihantar ke luar negara.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS