Peguam: Sakib, buktikan kamu tidak mereka-reka
Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi dilaporkan berkata, berdasarkan undang-udang, beliau boleh menentukan sama ada seseorang pengkritik kerajaan boleh meninggalkan negara ini atau tidak.
Justeru, Eric Paulsen meminta Sakib menjelaskan secara terperinci mengenai peruntukan undang-undang yang membenarkan beliau untuk menyekat pengkritik kerajaan untuk ke luar negara.
"Ketua pengarah harus menunjukkan peruntukan undang-undang itu kepada kita. Saya tidak rasa terdapat peruntukan yang sebegitu umum dan samar-samar seperti 'seseorang yang merbahaya atas nasihat polis'.
"Jika ketua pengarah tidak menunjukkan peruntukan itu, akan wujud tanggapan bahawa beliau sengaja mereka-mereka," Paulsen memberitahu Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sakib semalam yang turut mengatakan bahawa beliau bertindak atas nasihat agensi penguat kuasa undang-udang lain seperti polis.
"Sebagai contoh, jika polis mengatakan seseorang itu merbahaya, walaupun perkara itu belum ke mahkamah lagi, kami boleh mengambil tindakan," kata Sakib lagi.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong berkata, bahasa dalam Seksyen Section 3(2) adalah samar-samar untuk membolehkan ketua pengarah itu mentafsir secara umum.
"Boleh boleh berhujah bahawa itu terpulang kepadanya, walaupun tiada undang-undang yang spesifik," ujar Yong.

