Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menantu Zahid Hamidi meninggal dunia
Diterbitkan:  Jun 2, 2016 12:22 AM
Dikemaskini: Jun 2, 2016 2:04 AM

Menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur malam tadi.

Allahyarham Syed Alman Syed Alwi, 44 merupakan suami kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, Syed Alman dilapor tidak sedarkan diri ketika membuat rawatan gusi di sebuah klinik pergigian di Bangsar.

Berita Harian melaporkan Syed Alman Zain meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea.

Sementara itu, Nurulhidayah dalam kemaskini di Instagram miliknya kira-kira jam 11 malam menzahirkan rasa sedih atas kehilangan suaminya.

"Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Ayah yang baik. Suami yang bertanggungjawab. Saya kehilangan seseorang untuk berbicara. Bye sayang," katanya.

Laporan itu menyebut Ahmad Zahid dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lawatan kerja di Jepun dan dijangka tiba awal pagi nanti.

ADS